Jumat, 13 Juli 2007

Saya Sayang Ibu


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang
> baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak
> kepada seorang jururawat.
> Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih
> merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
> Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya
> berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
> Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
> tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si
> ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa
> kedua-dua cuping telinga.
> Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
> berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
> Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
> nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
> Masa terus berlalu...
> Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada
> cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam
> persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek
> rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada
> si ibu.
> Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
> pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia
> muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai
> jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,
> si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus
> memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu
> doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
> penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu
> pencarian bagi mencari penderma yang sanggup
> berkorban.
> Setahun berlalu...
> "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini.
> Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma,
> tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
> Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul
> sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya
> tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap
> dialaminya hilang.
> Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
> seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
> Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan
> tinggi dalam bidang diplomatik.
> "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
> siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas
> jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin,"
> balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
> itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
> "Bila?" tanya si anak.
> "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
> ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi
> rahsia bertahun-tahun lamanya.
> Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
> berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah
> menyelak rambut ibuny! a yang kaku.
> Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
> kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
> "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si
> ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa
> pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada
> ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah
> ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
> kenalannya."
> Ps :
> Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
> tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
> dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan
> tanpa diketahui.
> Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
> tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan
> senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
> kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI
> BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari
> tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh
> kasih sayang kepadanya..
> "Saya Sayang Ibu"
> _________________________________________________________________
> Get an advanced look at the new version of MSN Messenger.
> http://messenger.msn.com.my/Beta/Default.aspx
> This electronics mail message and any accompanying attachments ("the
> Message")

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

silahkan beri Komentar sehat dan membangun