Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas itu datang, kita lihat bas itu dan kita bilang pada diri kita,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, kita katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” kita pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah Kita sedar bahawa… Kita dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk kita? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg kita idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti kita semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan kita! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas… tak payah naik kereta…